Lelaki maki, cedera teman wanita didenda RM3,000

Iklan
Muhammad Nur Fitri (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Melaka, pada Selasa.

MELAKA - Gara-gara mengeluarkan perkataan kesat dan mencederakan teman wanita pada pagi Syawal, seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

Majistret Nabilah Nizam mengenakan denda itu terhadap Muhammad Nur Fitri Lot, 29, atas dua pertuduhan berkenaan dan mengarahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan niat hendak mengaibkan kehormatan Norshilah Bustami, 36, dengan cara memarahi mangsa menggunakan kata-kata kesat.

Pendakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Tertuduh turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Iklan
Muhammad Nur Fitri (tengah) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Melaka.

Kesemua tindakan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah bernombor, Jalan AP 7, Taman Alai Perdana di sini, kira-kira jam 6 petang, pada 10 April lalu.

Malah dia juga telah menutup pintu dengan kuat hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dahi kiri.

Selain itu mangsa turut melihat status tertuduh di aplikasi WhatsApp yang memuat naik gambarnya bersama kapsyen yang mengaibkan.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman itu, Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu tidak dikenakan hukuman penjara.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda tersebut sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28