Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan

Iklan
Gutierrez-Reed didakwa cuai hingga mengakibatkan kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins selepas mangsa ditembak aktor, Alec Baldwin pada 2021. Foto Agensi

SANTA FE - Pengendali senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins selepas ditembak aktor, Alec Baldwin pada 2021.

Keputusan itu dibuat sebuah mahkamah di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selepas Gutierrez, 27, pada bulan lalu disabit bersalah melakukan pembunuhan secara tidak sengaja apabila dia tersilap memasukkan peluru hidup ke dalam revolver yang digunakan Baldwin ketika sesi latihan menembak di set penggambaran tersebut.

Iklan
Iklan

"Anda telah menjadikan ia sebagai senjata maut,” kata Hakim Mary Marlowe Sommer ketika beliau membacakan keputusan tersebut.

Kejadian tembakan itu turut menggemparkan Hollywood dan merupakan tragedi pertama pada era moden yang melibatkan kru filem terbunuh berpunca daripada kecuaian.

Iklan

Difahamkan, perbicaraan ke Baldwin, 66, dijadualkan pada 10 Julai depan selepas juri besar juga mendakwa pelakon itu melakukan pembunuhan tidak sengaja pada Januari lalu.

Sebelum ini, aktor tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. - Agensi

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28