Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang digodam

Iklan
Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang yang mempunyai 25,000 pengikut digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

KOTA BHARU - Akaun Facebook Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang yang mempunyai 25,000 pengikut digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Hasil semakan Sinar Harian mendapati akaun tersebut dipenuhi dengan paparan imej dan video lucah.

Iklan
Iklan

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Taufiq Ramli ketika dihubungi mengesahkan akuan Facebook itu digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati ia telah digodam oleh 'hackers' dari Vietnam," katanya.

Iklan

Menurut beliau, pihaknya sudah buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, satu akaun baharu telah diwujudkan menggunakan nama yang sama.

Iklan

Taufiq memberitahu, pihak pejabat Exco dan Pusat Khidmat DUN Kijang telah mengetatkan semua langkah keselamatan para pengendali media sosial.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28