Gerai Nasi Tomato Batu Lanchang terbakar

Iklan
Anggota bomba giat padamkan kebakaran di gerai Nasi Tomato Batu Lanchang pada Selasa.

GEORGE TOWN - Gerai Nasi Tomato popular di Batu Lanchang, Jelutong musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pagi Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kejadian yang berlaku pada jam 10.37 pagi itu turut mengakibatkan tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran gerai itu hangus terbakar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak digegaskan ke lokasi kejadian sebelum mendapati dua buah gerai yang terletak di bahagian bawah rumah flat terbakar.

"Dengan kekuatan lebih 30 pegawai dan anggota bomba yang terlibat dalam operasi berkenaan berjaya mengawal api daripada terus merebak pada jam 10.52 pagi dan dipadamkan sepenuhnya tujuh minit kemudian.

Iklan

"Kebakaran turut mengakibatkan tiga buah motosikal iaitu jenis Yamaha NVX, Honda EX dan SYM E-bonus musnah, namun kemalangan jiwa dilaporkan terlibat," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Jurucakap terbabit berkata, operasi yang turut mendapat kerjasama pasukan polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditamatkan pada jam 11.35 pagi.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28