SHAH ALAM - Kerajaan disaran mencari alternatif bagi mengurangkan beban kos sara hidup kakitangan awam dan swasta di negara ini.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, antara langkah yang boleh diambil kerajaan ialah mengurangkan kos cukai dan perbelanjaan kesihatan supaya beban kewangan rakyat dapat direndahkan.