Cuaca panas: Ibu bapa boleh buat aduan, jika sekolah tak ikut garis panduan

Iklan
Fadhlina

SEREMBAN - Ibu bapa boleh membuat aduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sekiranya mendapati sekolah tidak mematuhi garis panduan berkaitan cuaca panas ditetapkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, aduan itu perlulah dibuat secara rasmi supaya siasatan dan tindakan lanjut boleh dilakukan.

Iklan
Iklan

"Saya tegaskan bahawa garis panduan itu harus diikuti dan pada masa sama kita juga rujuk dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pedoman berkaitan isu cuaca ini.

"Garis panduan itu memang perlu dipatuhi sepanjang masa, namun sekiranya ada aduan, saya mohon untuk dipanjangkan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam untuk kami(KPM) santuni dan ambil tindakan sekiranya ia berasas," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas hadir pada program Kem Generasi Madani (GenMADANI) Pemimpin Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Peringkat Kebangsaan 2024.

Fadhlina mengadakan sesi dialog bersama para pelajar pada program Kem GenMADANI Pemimpin Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Peringkat Kebangsaan 2024.

Bagaimanapun katanya, buat ini KPM masih belum menerima apa-apa aduan secara rasmi daripada ibu bapa berkaitan isu cuaca panas.

Iklan

Sementara itu, berkenaan program diadakan, beliau berkata, ia bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis pemimpin negara pada masa hadapan.

Tambahnya, setakat ini penganjuran program itu mendapat respon baik daripada pelajar yang terdiri daripada barisan kepimpinan di semua peringkat.

"Dalam generasi Madani ini ada beberapa pengisian penting selain daripada memberi tumpuan kepada aspek kepimpinan, mereka juga akan dilatih dalam aspek patriotism dan juga demokrasi.

"Ada satu slot yang sangat penting juga adalah bagaimana mereka turun bersama dengan rakyat dan melakukan projek komuniti bagi membiasakan mereka sebagai pimpinan akan datang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!