Jangan buat spekulasi video tular lelaki diserang di Sibu - Polis

Iklan
Zulkipli

SIBU - Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap video seorang lelaki diserang beberapa lelaki lain di Sibu yang tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian berkenaan berlaku di Terminal Bas Ekspres di Jalan Pahlawan kira-kira 5 petang Ahad lepas.

Iklan
Iklan

"Polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada mangsa pada 10.29 malam hari yang sama dan bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu telah menahan seorang daripada suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 26 tahun,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa telah keluar dengan isteri suspek.

Iklan

Disebabkan rasa marah, katanya suspek bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas telah bertindak memukul mangsa dan mengugut mangsa supaya tidak mengganggu isterinya lagi.

Zulkipli berkata, suspek direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!