Makan berpada-pada jangan sampai gemuk

Iklan
Biarpun telah masuk hari kelapan Syawal tetapi kemeriahannya masih dirasai dan sudah pasti hujung minggu ini, ramai akan mengadakan rumah terbuka. Gambar hiasan

CUTI Aidilfitri bagi kebanyakan masyarakat terutama bagi mereka yang meraikannya baru sahaja berakhir dengan anak perantau kembali semula ke bandar-bandar utama bagi meneruskan kerja hakiki bermula Isnin.

Biarpun telah masuk hari kelapan Syawal tetapi kemeriahannya masih dirasai dan sudah pasti hujung minggu ini, ramai akan mengadakan rumah terbuka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Merak Jalanan ingin berpesan kepada semua untuk menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlaku masalah kesihatan.

Maklumlah selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, keinginan atau selera makan itu sedikit tinggi lebih-lebih lagi apabila dihidangkan dengan makanan yang lazat.

Iklan

Beberapa tahun lalu ketika Ramadan berat Merak Jalanan pernah turun lima kilogram tetapi memasuki Syawal, berat kembali bertambah melebihi jumlah yang turun.

Kebanyakan baju dan seluar mula ketat serta ada sebahagian sudah tidak muat. Ketika itu timbul sedikit rasa menyesal disebabkan makan tak ingat dunia kerana untuk menurunkan berat badan pada bulan biasa ia bukan perkara mudah disebabkan terlalu banyak ‘dugaan’.

Mungkin ada yang berazam untuk menurunkan berat badan ketika berpuasa sebelum ini dan ingin meneruskan hasrat tersebut pada bulan-bulan mendatang.

Merak Jalanan doakan agar mereka terus konsisten dengan usaha yang telah dimulakan.

Iklan

Bukan tidak boleh makan langsung ketika rumah terbuka tetapi kata kuncinya adalah bersederhana bak kata orang jamah sedikit untuk ambil rasa.

Perlu diingatkan bahawa Malaysia menjadi negara kedua di Asia Tenggara mempunyai ramai rakyat mengalami masalah berat badan dan puncanya disebabkan tabiat pemakanan serta gaya hidup individu itu.

Apa pun usaha untuk menurunkan berat badan dan sihat perlu bermula sekarang agar kita tidak menjadi penyumbang kepada statistik obesiti negara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28