Longgokan senjata api lama masuk ke pasaran gelap Malaysia
Iklan
PUTRAJAYA - Longgokan senjata api lama dari negara jiran antara menjadi punca ia dibekalkan ke pasaran gelap negara ini berdasarkan permintaan.
Penganalisis pertahanan dan geostrategis, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, kebanyakan senjata api lama itu sepatutnya dilupuskan tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab membaik pulih dan menggantikannya dengan komponen baharu sebelum dijual.