Masanya PN senyum kambing
AWANG dapat bayangkan pemimpin Pas dalam Perikatan Nasional (PN) sambut hari raya kali ini dengan senyum simpul penuh sinis. Bak kata orang senyum kambing. Macam kata Presiden Pas secara gurauan tentang DAP,"mohon maaf, lepas tu fitnah lagi.”
Apa tidaknya, dalam isu boikot yang dilancarkan oleh Dr Akmal, Pas menjauhkan diri. Mereka sedar tulisan ‘ALLAH’ pada stoking itu memang cukup menghina tapi akal waras mereka mengatakan, kalau satu bundle besar atau satu kontena stoking macam itu memanglah niat pemilik KK Super Mart itu jahat.
Tapi yang dijumpai hanya lima pasang. Nampak sangat macam sabotaj. Lagipun sekarang Ketua Pemuda UMNO dah gerhanakan Ketua Pemuda Pas dari segi perjuangan ‘mempertahankan kesucian Islam’. Ketua Pemuda Pas boleh relaks saja. Sekarang dah ada orang ambil alih tugasnya.