Inflasi, kadar pertukaran asing punca lonjakan emas tertinggi
Iklan
HARGA emas meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah apabila ia mencatatkan peningkatan harga sebanyak AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram berdasarkan laporan CIMB Treasury and Markets Research, sebelum menyusut kepada AS$2,350 (RM11,203.60) atau RM360.20 segram.
Ia dipercayai akibat implikasi serangan Iran terhadap Israel serta pembelian oleh bank pusat dalam suasana ketegangan geopolitik yang terus menguatkan momentum bagi logam berharga itu.