'Rasa takut, dengar bunyi misil dengan begitu jelas'
Iklan
SHAH ALAM - Pelajar Malaysia yang berada di Syria menzahirkan rasa takut susulan mendengar bunyi misil yang dilancarkan Iran terhadap Israel pada Sabtu.
Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS), Muhamad Al Fateh Muhammad, 25, berkata, walaupun kesemua dron dan misil yang dilancarkan itu tidak melalui ruangan udara tempat tinggal pelajar Malaysia, namun ia masih boleh didengari dengan begitu jelas.