Trend harga emas lonjak dijangka tidak lama
Iklan
SHAH ALAM - Trend harga emas dan minyak melonjak susulan konflik antara Iran dan Israel dijangka tidak berlaku dalam tempoh yang lama melihat kepada situasi semasa ketika ini.
Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid berkata, jangkaan itu dibuat dengan syarat tiada serangan atau tindak balas daripada Israel atau negara sekutunya yang lain.