AURA Stadium Signal Iduna Park memacu Borussia Dortmund ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menang agregat 5-4 ke atas jagoan La Liga, Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir kedua awal pagi Rabu.
Anak buah Edin Terzic yang tewas 1-2 kepada angkatan Diego Simeone dalam aksi pertama di Madrid terlebih dulu ditinggalkan dua gol separuh masa pertama yang diinspirasikan Julian Brandtminit ke-34 sebelum Ian Maatsen minit ke-39 menjadikan kedudukan 3-2.
Iklan
Iklan
Separuh masa kedua, Atletico Madrid meningkatkan tekanan menyaksikan jaringan sendiri Mats Hummels minit ke-49 mengurangkan defisit pasukan pelawat.
Pemain gantian, Angel Correa meletakkan kelab Sepanyol kembali mendahului dalam perlawanan pada minit ke-64.
Bagaimanapun gol itu tidak memadam aura di Signal Iduna Park apabila tandukan penyerang Niclas Fuellkrug menjadikan kedudukan agregat 4-4 pada minit ke-71 sebelum Marcel Sabitzer menamatkan pengembaraan Atletico Madrid dengan gol minit ke-74.
"Pencapaian itu sesuatu yang besar untuk kelab kami,” kata Terzic yang berterima kasih kepada penyokong-penyokong kelab Jerman yang berada di Signal Iduna Park.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28