ACCA: Profesional kewangan optimis dengan prospek ekonomi Malaysia

Iklan
Para profesional kewangan di Malaysia optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi negara.

PARA profesional kewangan di Malaysia optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi negara, menurut Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Ketua Portfolio Maritim Asia Tenggara ACCA, Andrew Lim berkata, walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.

Iklan
Iklan

"Mengharungi ketidakpastian ini memerlukan pengurusan yang bijak dan membuat keputusan strategik untuk mengekalkan momentum ekonomi di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut laporan itu, lebih menggalakkan apabila terdapat peningkatan keyakinan di kebanyakan rantau.

Iklan

Laporan itu juga mendapati peningkatan di Asia Pasifik merupakan yang ketiga terbesar berdasarkan rekod dan mungkin menunjukkan keyakinan semakin meningkat terhadap daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS), tanda-tanda pengukuhan data China dan ekonomi global yang lebih luas, selain peningkatan keyakinan bahawa Jepun akhirnya mungkin mengakhiri perjuangan menangani deflasi sejak beberapa dekad.

"Peningkatan keyakinan secara sederhana di Eropah Barat juga menunjukkan pertumbuhan mungkin bertambah baik secara beransur-ansur daripada kelemahan semasa suku baru-baru ini.

Iklan

"Dari segi perkara yang kurang positif, kebimbangan global mengenai kenaikan kos operasi juga meningkat, walaupun perkara itu kekal di bawah paras tertinggi suku ketiga 2022,” menurut ACCA.

Ketua Ahli Ekonomi ACCA, Jonathan Ashworth berkata, tinjauan itu juga menunjukkan beberapa peningkatan dalam pertumbuhan global.

"Walaupun menggalakkan namun belum tiba masanya untuk meraikan pencapaian itu, memandangkan ekonomi global menghadapi banyak risiko dan cabaran di samping masih dijangka mencatatkan pertumbuhan di bawah purata pada 2024.

"Selain itu, tahap kebimbangan yang tinggi mengenai kos menunjukkan bank-bank pusat utama perlu meneruskan sebarang pelonggaran monetari namun secara berhati-hati,” menurutnya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28