JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Indonesia meletus beberapa kali hingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan selepas ia memuntahkan lahar dan debu tebal setinggi lebih 1,500 meter ke permukaan udara.
Letusan pertama gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara itu berlaku pada jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada Selasa dan ia meletus lagi pada awal pagi Rabu.
Iklan
Iklan
Agensi berita Antara melaporkan tiada kematian atau kecederaan setakat ini setelah pemindahan segera melibatkan lebih 800 penduduk di dua perkampungan di Pulau Ruang dan Tagulandang.
"Letusan pertama membebaskan debu tebal setinggi dua kilometer ke permukaan udara. Ia disusuli dengan ledakan kedua,” kata Ketua Agensi Geologi, Muhammad Wafid.
Difahamkan, aktiviti vulkanik di Ruang meningkat selepas kejadian dua gempa, baru-baru ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, tahap amaran Ruang setinggi 727 meter itu telah dinaikkan daripada dua kepada tiga malah pihak berkuasa turut menguatkuasakan zon pengecualian untuk lingkungan empat kilometer dari lokasi kawah. - AFP
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28