Dua menteri Kabinet sepatutnya tahu kewujudan titah adendum – Dr Akmal

Iklan
Dr Akmal

SHAH ALAM - Dua menteri Kabinet sepatutnya mengetahui dan maklum mengenai kewujudan titah adendum yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebagaimana kenyataan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa bagi memastikan titah berkenaan dapat dilaksanakan, mahkamah memerlukan identiti 'saksi kritikal' yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

"Oleh yang demikian tidak sepatutnya menjadi isu atau keraguan bagi mereka untuk memperakuinya seperti diperlukan. Melainkan ada niat lain.

Iklan

"Saya mohon pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab persoalan ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Dalam pada itu Muhamad Akmal menjelaskan, kewujudan titah adendum seperti yang disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut diketahui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Iklan

Justeru ujarnya, perkara itu merupakan satu berita baik dan amat positif.

Pada 4 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui tidak melihat dan tidak mengetahui sebarang bahagian tambahan atau titah adendum pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung kebenaran kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28