Fahmi rakam takziah pemergian bapa Arthur

Iklan
Tangkap layar hantaran Fahmi di X pada Rabu.

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah buat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup di atas pemergian bapanya pada Rabu.

Fahmi berkata, pihaknya turut menzahirkan harapan agar keluarga mendiang Tan Sri Joseh Kurup terus tabah dan sabar dengan kehilangan insan tersayang.

Iklan
Iklan

"Khusus buat Datuk Arthur yang juga merangkap ahli Parlimen Pensiangan dan keluarga, saya rakamkan ucapan takziah.

Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 6.22 petang.

Iklan

Berita duka tersebut dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum disahkan sendiri oleh kakitangan anaknya, Arthur.

Mendiang yang berusia 80 tahun sebelum ini merupakan Presiden PBRS sejak penubuhan pada tahun 1994 lalu, namun telah melepaskan jawatan berkenaan kepada anaknya tahun lalu.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28