Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang malam ini

Iklan
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat kepada 748 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini berbanding 534 mangsa, petang tadi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka meningkat kepada 748 mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini berbanding 534 mangsa, petang tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).

Iklan
Iklan

Di Negeri Sembilan, terdapat satu PPS yang diaktifkan iaitu di Port Dickson yang menempatkan 79 mangsa manakala di Melaka sebuah PPS dibuka di Alor Gajah membabitkan 55 mangsa, setakat 8 malam tadi.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras bahaya iaitu di Sungai Klang, Selangor dan Sungai Besut, Terengganu namun, kedua-dua sungai berkenaan merekodkan trend menurun. - Bernama

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28