22 kenderaan disita, lima warga asing ditahan

Iklan
Seramai lima warga asing ditahan JIM Pulau Pinang kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

SEBERANG JAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 22 buah kenderaan dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di sekitar Bulatan Tun Hussain Onn, di sini pada Rabu.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, operasi berkenaan turut melibatkan agensi lain iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, JIM turut menahan lima warga asing kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Anggota JPJ Pulau Pinang sedang memeriksa penunggang motosikal dalam Ops PeWA pada pagi Rabu.

"Dalam operasi itu, kita menyita 17 buah motosikal, dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV), dua buah motokar dan sebuah van. Selain itu, sebanyak 63 notis saman dikeluarkan dalam operasi tersebut.

Iklan

"Tiada lesen memandu antara kesalahan tertinggi yang dikesan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans. Kesalahan ini membabitkan warganegara Pakistan, Rohingya, Bangladesh, Myanmar dan lndonesia," katanya pada Khamis.

Menurut JPJ Pulau Pinang, penguatkuasaan itu bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya terhadap pemandu warga asing yang memandu di negeri ini.

Iklan

"Penguatkuasaan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang tanpa kompromi," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28