Malaysia Airlines batalkan penerbangan KL-Sabah, Sarawak hari ini

Iklan
Malaysia Airlines membatalkan beberapa penerbangan ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak hari ini susulan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

SHAH ALAM - Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) membatalkan beberapa penerbangan ke atau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Sabah dan Sarawak pada hari ini berikutan letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.

Penerbangan yang terbabit adalah MH7420 (Kuala Lumpur - Tawau), MH7421 (Tawau - Kuala Lumpur), MH2612 (Kuala Lumpur - Kota Kinabalu), MH2621 (Kota Kinabalu - Kuala Lumpur), MH2710 (Kuala Lumpur - Sandakan) dan MH2711 (Sandakan - Kuala Lumpur).

Iklan
Iklan

MH2610 (Kuala Lumpur - Kota Kinabalu), MH2611 (Kota Kinabalu - Kuala Lumpur), MH7404 (Kuala Lumpur - Kota Kinabalu), MH7405 (Kota Kinabalu - Kuala Lumpur) dan MH2613 (Kota Kinabalu - Kuala Lumpur)

Selain itu, penerbangan yang terjejas dari Kuala Lumpur ke Sarawak atau sebaliknya ialah MH2520 (Kuala Lumpur - Kuching), MH2513 (Kuching - Kuala Lumpur), MH2542 (Kuala Lumpur - Kuching) dan MH2543 (Kuching - Kuala Lumpur).

Iklan

MH2574 (Kuala Lumpur - Miri), MH2575 (Miri - Kuala Lumpur), MH2742 (Kuala Lumpur - Bintulu) dan MH2473 (Bintulu - Kuala Lumpur).

Pada masa sama, Malaysia Airlines berkata, pihaknya memantau perkembangan dengan lebih teliti dan kemas kini lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan disampaikan terus kepada pelanggan yang terjejas.

Iklan

Menurutnya, Malaysia Airlines akan berusaha untuk menampung penumpang yang terjejas disebabkan pembatalan penerbangan dengan penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan semakin bertambah baik.

"Penumpang diminta untuk mengemas kini maklumat hubungan melalui My Booking supaya pihak Malaysia Airlines menerima kemas kini tepat dari semasa ke semasa melalui e-mel atau mesej.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal kami amat penting kepada Malaysia Airlines” pesannya ringkas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!