KOTA KINABALU - Penerbangan membawa jenazah mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup balik ke Sabah yang dijadualkan berlepas jam 9.15 pagi Khamis terpaksa dibatalkan susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir yang diadakan di Fook Lu Siew Funeral Parlour di Jalan Tuaran, di sini.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pegawai media anak mendiang, Datuk Arthur Joseph Kurup, perkembangan semasa mengenai penerbangan membawa jenazah akan dimaklumkan semula nanti.
"Saya akan maklum semula waktu penerbangan terkini setelah mendapat maklum balas daripada pihak MAS.
"Maaf atas segala kesulitan," katanya pada Khamis.
Sinar Harian melaporkan Joseph, 80, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!