Kerajaan wajar beri penghargaan kepada penjawat awam

Iklan
Dr Zubaidi Ahmad

SHAH ALAM - Masalah bebanan kerja dan pendapatan yang diterima penjawat awam sememangnya satu perkara yang amat sukar diatasi ataupun diselesaikan.

Justeru, mereka yang membuat polisi dalam hal ini sama ada di peringkat Ahli Parlimen atau sebagainya disarankan agar melihat secara keseluruhan bagaimana keadaan ini dapat diatasi.

Iklan
Iklan

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berpendapat, penjawat awam wajar diberikan penghargaan walaupun kerajaan telah menyediakan pakej-pakej (elaun) sedia ada.

"Saya rasa dengan adanya sedikit penghargaan yang diberikan dengan segera, mereka dapat melakukan tugas-tugas dengan lebih baik.

Iklan

"Sebagai contohnya di bahagian kesihatan dan perubatan, mereka kadang-kadang terpaksa mengetepikan keluarga demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan dan negara.

"Mungkin ada elaun-elaun yang boleh ditambah seperti doktor yang bertugas ketika ‘on call’ agar ianya berpadanan dengan kos sara hidup ketika ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Siri Ke-149 bertajuk Perkhidmatan Awam: Beban Tugas VS Pendapatan di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Wacana itu turut menampilkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat.

Mengulas lanjut, Dr Zubaidi bagaimanapun tidak mengharapkan jumlah yang tinggi tetapi sekurang-kurangnya dengan adanya kenaikan itu, ramai penjawat awam di sektor ini akan merasa lebih seronok untuk bekerja.

"Jadi di sinilah mereka (penjawat awam) akan merasakan kehidupan mereka yang sebenar berkhidmat untuk negara dengan mendapat saraan yang sepatutnya dan tidak merasa untuk berkhidmat di tempat lain,” katanya.