Konflik Asia Barat: Kumpulan D8 kena ambil tindakan drastik

Iklan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebelum ini mendesak semua pihak bertenang, pasca serangan Iran ke atas Israel. Gambar kecil: Muhamad Amin Fahmi

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) perlu mengambil tindakan drastik dengan memanggil semua negara anggota bagi membincangkan dan merancang gerak kerja terkait kesan kepada pertembungan di antara Iran dan Israel.

Pengerusi Dewan Perdagangan dan Perindustrian Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI) Nasional, Muhamad Amin Fahmi berkata, perbincangan itu penting untuk mengurangkan impak peperangan yang bakal memberi kesan langsung kepada rakyat negara-negara anggota.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika dilihat kepada senario semasa, pergolakan yang berlaku dijangka bakal berlarutan untuk suatu tempoh yang agak panjang dan persediaan awal perlu dilaksanakan.

"Kumpulan negara membangun D8 yang terdiri daripada Iran, Turkiye, Pakistan, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Bangladesh dan Mesir dengan objektif penubuhan untuk menggalakkan kerjasama perdagangan serta pembangunan sosioekonomi dalam kalangan negara anggota dilihat dapat berperanan penting dalam situasi semasa.

Iklan

"Jangkaan keadaan seperti kenaikan harga barangan, kekurangan bekalan makanan, gangguan rantaian pembekalan makanan akan beri kesan kepada negara terlibat.

"Malaysia sebagai salah sebuah negara D8 juga boleh bertindak sebagai penggerak dan pemudah cara kepada usaha untuk menghimpun negara-negara anggota bagi bersidang dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Muhamad Amin juga menggesa negara anggota D8 agar memutuskan segera hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel sebagai manifestasi penolakan kepada keganasan yang dibuat oleh rejim berkenaan.

Jelasnya, MIICCI turut bersolidariti kepada Iran dan Palestin atas ujian yang menimpa rakyat kedua-dua negara tersebut.

"Pergolakanberlaku di wilayah Asia Barat mutakhir ini yang melibatkan Iran dan Israel benar-benar menguji tahap kesabaran negara Islam.

"Kita juga menyeru agar negara-negara lain turut bersama dengan kumpulan D8 untuk menoktahkan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan Israel.

"MIICCI sebagai sebuah dewan perdagangan antarabangsa yang menghimpunkan ahli dagang dari serata dunia bersedia memainkan peranan penting bersama kumpulan D8 bagi merangka formula khusus dalam konteks perdagangan dan keterjaminan makanan,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!