ALOR SETAR - Mayat yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung dalam parit di hadapan sebuah sekolah menengah di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini, pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 untuk membantu polis bagi mengangkat mayat lelaki itu pada jam 11.51 pagi.