Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran Luna Light Wonderland 2024 di pekarangan Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi.
Luna Light Wonderland merupakan pertunjukan lampu hiasan bertemakan Animal Kingdom, Vision Ocean, Aquatic, Romance, LUNA Aerospace, Mystery Forest, Aurora Lights dan Main Mascot Luna yang merangkumi penggunaan sebanyak 1.3 juta lampu jenis LED.
Pameran yang dianjurkan oleh Red Bear Event dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu diadakan bermula 12 April lepas hingga 12 Mei ini bertujuan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Kuala Terengganu.
Kadar bayaran tiket adalah sebanyak RM15 untuk dewasa manakala RM8 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dengan pengecualian bayaran bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).