PN teliti draf MoU sebelum buat keputusan - Hamzah

Iklan
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akan meneliti syarat-syarat dalam draf memorandum persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan oleh kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti berkenaan akan membuat keputusan selepas draf tersebut diteliti.

Iklan
Iklan

"Kami menyambut baik keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang,” katanya menerusi kenyataan yang dihantar di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju bagi mempertimbangkan untuk menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Iklan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menerusi kenyataannya berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Seri Perdana Putrajaya pada Rabu.

Menurutnya, satu draf MoU akan dirangka terlebih dahulu dan kemudian akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah untuk perundingan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!