PRK Kuala Kubu Baharu: Sanusi cadang calon Melayu dari Gerakan wakili PN

Iklan
Muhammad Sanusi. Gambar fail

ALOR SETAR - Calon Melayu daripada parti Gerakan akan dicadangkan mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam penentuan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia juga merupakan suara akar umbi di kawasan itu yang mahu ‘mengubah angin’ dalam memilih wakil rakyat mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, cadangan berkenaan akan diangkat beliau dalam mesyuarat PN akan datang untuk dipertimbangkan.

"Setakat ini belum ada keputusan siapa calon lagi. Kita akan runding untuk pilih calon terbaik.

Iklan

"Biarpun sebelum ini kerusi berkenaan diwakili Gerakan, namun suara akar umbi berharap biarlah calon Melayu walaupun daripada parti Gerakan,” katanya ketika sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon pada Khamis.

Sanusi (kiri) bersalaman dengan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang hadir pada majlis Rumah Terbuka di Seri Mentaloon.

Menteri Besar Kedah itu menjelaskan, saranan itu dibuat berdasarkan penilaian dan pola pengundian yang kini semakin berubah berbanding pilihan raya lepas.

Iklan

"Mereka (akar umbi) berikan pandangan itu (calon Melayu) kerana dikatakan peluang untuk PN menang lebih besar.

"Itu pandangan mereka, calon parti apa pun tak apa, janji Melayu,” ujarnya.

Dalam pada itu mengulas dakwaan kerusi berkenaan sebagai kubu kuat Pakatan Harapan (PH) dan ia menyukarkan PN untuk merampas kerusi tersebut berikutan UMNO turut menyumbang undi, Sanusi optimis dan menegaskan ‘lawan tetap lawan’.

"Lawan dulu baru tahu. Pola pengundian pun sudah banyak berubah.

"Saya harapkan PN menang di sebalik protes rakyat terhadap kerajaan sedia ada, susulan harga barang naik, ringgit jatuh, jadi saya harap rakyat gunakan kesempatan ini untuk beri mesej,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28