SKMM sita telefon bimbit Che'gubard, Salim Iskandar, Papagomo

Iklan
Che'gubard (kiri) dan Salim Iskandar ketika dirakam percakapan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyita telefon bimbit tiga pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Che'gubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) bagi membantu siasatan berhubung video dimuat naik mereka di media sosial yang didakwa tidak benar.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan
Iklan

Katanya, penyebaran kandungan tidak benar dengan niat mengganggu pihak lain adalah melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

"Pegawai penyiasat telah menyita telefon bimbit milik ketiga-tiga individu tersebut yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan.

Iklan

"Setelah selesai disiasat, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut," ujarnya pada Khamis.

Pada Januari lalu, tiga individu sama pernah tampil memberi keterangan berhubung dakwaan terbabit dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan yang dikenali sebagai Langkah Dubai di Balai Polis Setapak.

Iklan

Tambah SKMM, Che'gubard dan Salim Iskandar dirakam percakapan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor.

Wan Muhammad Azri ketika dirakam percakapan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.

"Manakala rakaman percakapan bagi Wan Muhammad Azri dilakukan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur," jelasnya.

SKMM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!