Beri makanan sesuai untuk si comel

Iklan
WASPADA dengan dinamik pemakanan si kecil supaya tidak berlaku masalah pada kemudian hari.

ANDA MUSYKIL DOKTOR JAWAB

Sediakan makanan ikut cita rasa anak

Iklan
Iklan

Soalan 1:

DOKTOR, anak saya berumur tiga tahun empat bulan. Masalahnya, selera makannya tidak berapa baik.

Iklan

Dalam sehari kadang-kadang langsung tidak mahu makan dan hanya mengambil beberapa suap makanan sahaja. Justeru, apakah pendekatan terbaik untuk menaikkan selera makannya.

Adakah terdapat komplikasi lain akibat situasi tersebut?

Iklan

- IBU RISAU, ROZITA IBRAHIM, 32, KUALA LUMPUR

Jawapan:

Puan, terima kasih atas soalan tersebut.

Cara terbaik untuk memastikan keadaan anak puan tidak berlarutan adalah dengan mengamalkan food diary dan sentiasa melakukan diet recall untuk anak anda.

Perlu diingat, kadangkala ibu bapa menghidangkan satu pinggan nasi kepada anak, namun apabila anak tidak dapat menghabiskan makanan tersebut, timbul kerisauan dan timbullah andaian ‘anak saya tidak mahu makan’.

Sebaliknya, si ibu harus peka dengan kuantiti yang memadai untuk anak kenyang sama ada separuh pinggan atau suku pinggan sahaja.

Masalah pemakanan sebenarnya seringkali dikaitkan dengan dinamik pemakanan itu sendiri. Seperkara, pihak puan kena menyelidik adakah makanan yang diberikan pada si kecil menepati selera anak ataupun tidak.

PENGAMBILAN susu yang berlebihan menyebabkan si kecil mudah kenyang dan tidak mahu makan makanan lain.

Adakalanya, berlaku juga situasi anak puan mengambil susu secara berlebihan menyebabkan anak puan tidak mahu makan hidangan utama atau main meal gara-gara sudah kenyang.

Sehubungan itu, puan kena tahu punca terhadap masalah yang dihadapi oleh anak. Jika gagal mengenal pastinya, rawatan tidak boleh diberikan.

Sensitif bentuk, kepekatan najis

Soalan 2:

Doktor, saya mempunyai seorang anak perempuan berumur setahun. Anak saya sangat aktif. Hasil pemerhatian saya juga mendapati, si comel saya juga tidak cerewet ketika makan dan tidurnya juga normal. Masalahnya sekarang ialah anak saya tidak lawas ketika membuang air besar dan najisnya berwarna hijau tua.

Itu yang membuatkan saya sentiasa risau. Adakah si kecil mempunyai apa-apa masalah kesihatan?

Saya harap doktor dapat membantu saya memberi pencerahan.

- SAYANG ANAK, FARISHA AHMAD, 31, SELANGOR

Jawapan:

Pertama sekali, perlu diperhatikan kekerapan anak puan membuang air besar sama ada sekali sehari ataupun beberapa kali sehari.

Perlu diketahui juga tekstur najis tersebut bersifat keras atau lembut. Jika anak puan mengalami sembelit iaitu najis terlampau keras ataupun membuang air besar beberapa hari sekali, puan perlu lihat semula dari segi pemakanannya. Kerisauan yang timbul kemungkinan anak puan berhadapan situasi kurang air atau serat.

PARA ibu dinasihatkan tidak membuat kesimpulan mudah ke atas masalah yang dihadapi anak-anak masing sebaliknya dinasihatkan berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan kepastian.

Jika ciri-ciri itu tiada masalah, segeralah berjumpa pakar kerana saya bimbang anak puan mengalami masalah-masalah perubatan lain dan perlu membuat pemeriksaan lanjut.

Untuk makluman puan, najis berwarna hijau biasanya tidak mempunyai sebarang masalah sebaliknya bentuk dan kepekatan najis itu perlu diketahui dengan lebih terperinci bagi mengetahui apakah punca yang sebenar.

DR Salehuddin.

PROFIL

Dr Salehuddin Sulaiman

Pakar Pediatrik, Hospital Pakar Kuala Terengganu.