Misi serampang dua mata AFL

Iklan
Yusoff (tengah) bersama sebahagian daripada 16 wakil pasukan saingan Liga A1 Semi Pro MBC 2024/25.

PENJENAMAAN semula nama dan logo pertandingan anjuran Liga Bolasepak Amatur (AFL) bersifat serampang dua mata iaitu tidak hanya menyeragamkan tetapi juga menarik lebih penajaan terhadap penganjuran kejuaraan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kali terakhir penjenamaan logo dan nama kejohanan anjuran AFL dibuat pada 2019 kini memasuki tahun keenam.

Iklan
Iklan

"Perubahan perlu kepada titik permulaan dan kita sememangnya kini dalam usaha untuk meningkatkan nilai komersil kejohanan.

"AFL akan menjenamakan semula nama dan logo pertandingan dengan memperkenalkan Liga A1 Semi Pro sebagai nafas baharu kepada Liga M3, Liga A2 (dahulu dikenali sebagai Liga M4) dan Liga A3 Komuniti (dahulu dikenali sebagai Liga M5)," katanya selepas merasmikan majlis penjenamaan semula nama dan logo pertandingan anjuran AFL di Hotel Armada, Petaling Jaya pada Khamis.

Iklan

Mengenai Kejuaraan MBSB Bank (MBC) 2024/25 yang bakal berlangsung pada Jun 2024 ini, Mohd Yusoff memaklumkan 16 pasukan bakal berentap memburu status juara liga.

Menurutnya, kejohanan yang kini memasuki musim kedua penganjuran dengan penaja utama MBSB Bank menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu 14 pasukan bakal berlangsung pada 1 Jun 2024.

Iklan

"Pertambahan jumlah penyertaan memperlihatkan keyakinan dan sokongan pemain-pemain industri bola sepak tempatan terhadap MBC 2024/25.

"Secara rasmi 16 pasukan ini adalah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC.

"Turut menyahut cabaran Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC,” katanya

INFO

Penjenamaan Semula Kejuaraan AFL

Liga A1 Semi Pro (dahulu Liga M3)

Liga A2 (dahulu Liga M4)

Liga A3 Komuniti (dahulu Liga M5)

INFO

Liga A1 Semi Pro MBC 2024/25

1. Armed Forces FC

2. Harini Selangor FT

3. Imigresen FC

4. Malaysian University

5. Melaka FC

6. YPM FC

7. Manjung City FC

8. PIB Shah Alam FC

9. Bukit Tambun FC

10. Machan FC

11. Gombak FA

12. Bunga Raya FC

13. KL Rovers

14. UiTM United

15. Kelantan FC

16. Putrajaya Athletic FC

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!