Lesap RM20,000 terpegun gaya hidup T20 rakan
Iklan
SHAH ALAM - Hanya disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup mewah seorang rakan di media sosial, bekas eksekutif pemasaran sebuah syarikat swasta menanggung kerugian hampir RM20,000.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Marlia itu berkata, dia dihubungi rakan yang dikenali ketika melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan selepas memuat naik komen berhubung kerja sambilan bagi menambah pendapatan.