Penalti Salah gagal bantu Liverpool lepasi Atalanta

Iklan
Mohamed Salah

JARINGAN penalti Mohamed Salah belum cukup untuk membantu gergasi Inggeris, Liverpool meneruskan saingan Liga Europa selepas tewas secara agregat 1-3 kepada Atalanta pada Jumaat.

Angkatan Jurgen Klopp hadir ke Stadium Gewiss, Bergamo dengan misi menebus kekalahan 0-3 kepada jagoan Seria A Itali itu dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Anfield pada 12 April lalu.

Iklan
Iklan

Liverpool bermula agresif seawal minit ketujuh dengan Salah terlebih dulu meletakkan The Reds di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti

Jaringan itu ternyata menyemarakkan anak buah Klopp untuk melakukan kebangkitan luar biasa menerusi percubaan bertali arus di laman lawan.

Iklan

Namun taktikal defensif Gian Piero Gasperini menyaksikan tuan rumah tenang menafikan ancaman rangkaian penyerang Klopp.

Kecewa kebangkitan Liverpool disekat disiplin tinggi pertahanan Atalanta, Klopp mengakui skuad Gasperini layak meneruskan kemaraan kejuaraan tahap dua Eropah itu.

Iklan

"Atalanta berhak untuk mara 100 peratus, namun itu tidak mengapa, dan kini kita boleh fokus pada saingan liga dan itulah yang akan kita lakukan mulai sekarang,”

"Ya kecewa tetapi sesuatu yang positif apabila Liverpool kembali semula ke arah rentak kemenangan.

"Komitmen, keinginan yang ditunjukkan pemain-pemain Liverpool dalam perlawanan ini cukup luar biasa,” katanya.

Sementara itu, cabaran West Ham United juga berakhir selepas tewas 1-3 secara agregat kepada juara baharu Bundesliga Jerman, Bayer Leverkusen.

Dalam perlawanan timbal balik suku akhir kedua di Stadium London, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1 menerusi gol Michail Antonio (minit k-13) untuk West Ham yang kemudiannya disamakan pemain gantian Jeremie Frimpong (minit 89).

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28