Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter

Iklan
Badan geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi utara boleh mencapai 25 meter. Foto AFP

JAKARTA - Badan geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi utara boleh mencapai 25 meter.

Ketua pasukan kerja gunung berapi, Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan rekod, potensi tsunami berada pada ketinggian 25 meter dan ia sangat berbahaya.

Heruningtyas menjelaskan, potensi tsunami yang disampaikan pihaknya mencerminkan sejarah letusan Gunung Ruang pada Mac 1871.

Ketika itu, ombak melanda pantai Tagulandang dengan ketinggian dianggarkan 25 meter.

Orang ramai dalam jarak enam kilometer dari Gunung Ruang perlu segera berpindah. Foto AFP

Iklan

Menurutnya, bencana itu meragut 300 hingga 400 nyawa.

Menurutnya, orang ramai dalam jarak enam kilometer dari Gunung Ruang perlu segera berpindah.

Iklan

Ujar beliau, orang ramai di Pulau Tagulandan khususnya yang tinggal berhampiran pantai harus sedar mengenai potensi letupan batu pijar, awan panas dan tsunami akibat runtuhan badan gunung berapi ke dalam laut. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28