Bolehkah lengkapkan baki puasa enam selepas Syawal?

Iklan
BERDASARKAN pendapat majoriti ulama dan pandangan Mazhab Syafie, dibenarkan untuk seseorang yang tidak sempat untuk melengkapkan enam hari puasa dalam bulan Syawal, meneruskan puasa sunat pada bulan berikutnya. -Foto: 123rf

BAGI mereka yang tidak sempat menyempurnakan enam hari puasa sunat dalam bulan Syawal, kelompok itu dibenarkan untuk melengkapkan bakinya pada bulan berikutnya.

Demikian pandangan majoriti ulama dan pendapat Mazhab Syafie.

Iklan
Iklan

Meskipun dibenarkan berbuat begitu, Pengarah Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Che Yaacob mengingatkan, kelebihan dan ganjaran puasa adalah tidak sama.

DR AHMAD

Iklan

"Keistimewaan hanya diberikan kepada mereka yang melengkapkan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal sahaja.

Menyambung hujah, ahli akademik tersebut kemudian menegaskan, bukan semua orang boleh menggabungkan serentak antara puasa qada dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

Iklan

MENURUT Imam Ibnu Rajab RA, antara tanda puasa Ramadan diterima oleh ALLAH SWT adalah apabila seseorang dapat mengerjakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. -Foto: Canva

Ini kerana terdapat golongan yang tidak dibenarkan berbuat demikian. Mereka ialah individu yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa ada keuzuran syarak, katanya.

"Kelompok ini hendaklah menggantikan puasa Ramadan tersebut dengan segera bermula 2 Syawal dan dia juga tidak dibenarkan menghimpunkannya dengan puasa sunat enam dalam bulan Syawal.

"Bahkan, dia sama sekali tidak dibolehkan untuk mendahulukan puasa sunat Syawal daripada puasa ganti.

"Apa yang dimaksudkan dengan keuzuran syarak adalah keharusan yang diberikan untuk seseorang tidak berpuasa. Antaranya disebabkan kedatangan haid, sakit atau dalam keadaan musafir dan sebagainya,” terangnya panjang lebar.

Tanda amalan diterima

Bukan itu sahaja, katanya, dirinya juga dapat meneruskan amal ibadah yang biasa dikerjakan dalam bulan Ramadan seperti membaca al-Quran, mendirikan solat malam dan bersedekah.

"Tidak hairanlah orang yang telah mendapat tarbiah dari madrasah Ramadan akan berubah ke arah yang lebih baik dan tidak hanya menumpukan ibadah pada bulan mulia itu sahaja.

SENTIASA berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dan banyakkan berdoa memohon ALLAH SWT memberikan kita taufik dan hidayah-NYA agar dapat beristiqamah meneruskan amal kebaikan termasuklah menunaikan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. -Foto: 123rf

"Terdapat banyak lagi sebenarnya tanda-tanda ibadah puasa kita diterima oleh ALLAH SWT. Antaranya termasuklah menyebabkan hati seseorang terpaut dan berasa dekat kepada ALLAH SWT.

"Disebabkan itu, dia menjadi mudah untuk mengerjakan solat, berzikir dan berasa bersyukur aras nikmat yang diperolehnya,” ungkapnya.

Bagi menangani masalah kesukaran untuk beristiqamah dan meneruskan amalan kebaikan selepas Ramadan, Ahmad berkongsi beberapa tip penting yang boleh diamalkan bersama, sekali gus memberikan semangat kepada kita untuk berubah.

Caranya adalah dengan mendalami ilmu dengan melazimkan diri menghadiri majlis-majlis sebegitu waima di masjid, surau atau mengikut pengajian di media sosial.

SAMA-SAMA kita istiqamah untuk melakukan amal ibadah dan kebaikan walaupun Ramadan sudah pun menutup tirainya. -Foto: Canva

"Pada masa sama, didik diri untuk menjauhi maksiat dengan mengawal kehendak hawa nafsu, sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dan banyakkan berdoa memohon ALLAH SWT memberikan kita taufik dan hidayah-NYA agar dapat beristiqamah meneruskan amal kebaikan,” katanya.