BATU PAHAT - Pemandu bas yang terbabit dalam insiden rempuhan 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang pada pagi Khamis direman selama empat hari.
Perintah reman terhadap pemandu bas berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Batu Pahat di sini pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Kemalangan pada jam 10.40 pagi Khamis itu membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Jelasnya, hilang kawalan akibat masalah brek dipercayai menjadi punca bas melanggar 11 kenderaan.
Sebelum itu, tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi 34 saat menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!