Pembantu kedai tak mengaku pecah amanah RM204,603

Iklan
Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melibatkan wang RM204,603.

BUTTERWORTH - Seorang pembantu kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat terhadap pertuduhan pecah amanah nilai RM204,603.

Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooraini Yusof.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pengurus stor yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta syarikat iaitu wang hasil jualan daripada pelanggan sebanyak RM204,603 telah melakukan pecah amanah jenayah.

Tertuduh dengan curangnya telah menggunakan wang tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri.

Iklan

Mohamad Rizal dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka di Jalan Bagan Ajam, Taman Bagan Ajam pada jam 3.40 petang, 23 Jun 2023.

Oleh itu, dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qatrin Nada Harun sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Qatrin menawarkan jaminan RM50,000 serta seorang penjamin terhadap tertuduh.

Sementara itu, dalam rayuannya, Mohamad Rizal memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadapnya.

"Saya tiada tanggungan keluarga namun mohon dikurangkan jaminan," katanya.

Nooraini kemudiannya menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Kes ditangguhkan sehingga 20 Mei depan untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!