Penonton panik, Ayie Floor 88 tiba-tiba rebah di pentas

Iklan
Ayie Floor 88 - FOTO: Instagram Ayie
KONSERT Gempak Negeri FM yang berlangsung di Padang besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan malam tadi terpaksa dihentikan seketika apabila vokalis Floor 88, Ayie rebah di pentas.

Kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika Ayie menyampaikan lagu keduanya, Aqilah, sebelum jatuh tidak sedarkan di pentas sehingga mengejutkan seluruh penonton yang menyaksikan persembahan itu.

Awal pagi tadi, Floor 88 menerusi perkongsian di Intagram mereka turut berkongsi detik cemas tersebut dan memohon maaf kepada penonton atas apa yang berlaku, sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyangka ia hanya sebuah gimik persembahan mereka.

Iklan
Iklan

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut. Bagaimanapun, kata Ayie, keadaaannya tidak serius, cuma buat masa ini memerlukan rehat yang cukup.

"Alhamdulillah keadaan saya sekarang dah OK. Semalam saya pitam di pentas kerana kerana badan tidak berapa sihat dan agak kepenatan.

Iklan

"Sebenarnya ketika sesi souncheck lagi saya sudah rasa sakit kepala. Ia bermula ketika perjalanan ke Kuala Pilah di mana saya rasa sakit tekak, sebelum ia menyerang ke kepala sehingga menyebabkan rasa tidak sedap badan.

"Bagaimanapun ketika konsert pada malamnya, saya cuba juga untuk membuat persembahan dan akhirnya jatuh pitam di pentas,” jelasnya.

Iklan

Ayie bagaimanapun memberitahu, dia kini dalam keadaan yang stabil dan sedang berehat.

Bersyukur tidak berdepan sebarang kecederaan akibat kejadian tersebut, Ayie berhasrat untuk mengambil cuti rehat selama seminggu sebelum kembali bekerja.

"Alhamdulillah sekarang dah OK dan saya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Cuma saya mungkin akan mengambil cuti selama seminggu untuk berehat secukupnya,” katannya lagi.

Menerusi video berdurasi satu minit yang dikongsi pada ini, menyaksikan Ayie tiba-tiba rebah di pentas sebelum anggota Floor 88 menghentikan persembahan dan membantunya untuk mendapatkan rawatan di belakang pentas.