Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma

Iklan
Rusdi Foto SINAR HARIAN / ROSLI TALIB.

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu termasuk tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom ditahan semula oleh pihak polis bagi disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Daripada jumlah itu, tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, 10 daripada 18 individu itu sebelum ini telah direman bagi siasatan lanjut di bawah akta senjata api, namun kini ditahan semula di bawah Sosma.

Beliau berkata, tiga tahanan warga asing itu disambung tahanan mengikut mengikut Seksyen 130v (1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Iklan

"Reman melibatkan tiga individu itu sebelum ini di bawah Akta Senjata api telah tamat semalam (Khamis).

Terdahulu, Rusdi menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras baharu antara Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dan Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban Singh.

Zam Halim (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Ketua Polis Daerah (IPD) Cheras yang baharu, Asisten Komisioner, Ravindar Singh Sarban Singh disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa pada majlis Serah Terima Tugas yang diadakan di IPD Cheras pada Jumaat. Foto: SINAR HARIAN / ROSLI TALIB.

Iklan

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, tangkapan keseluruhan melibatkan kes Shalom itu adalah sebanyak 18 orang.

Jelas beliau, seramai 13 individu dalam tahanan polis pada masa ini, manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Selain itu kata beliau, tiga individu telah dituduh di mahkamah iaitu dua di Mahkamah Kuala Lumpur dan dua lagi di Mahkamah Sesyen Klang.

Rusdi berkata, mereka yang masih ditahan ditempatkan di beberapa lokasi dan kebanyakannya di lokasi berpusat di Sentul.

Ditanya mengenai pemilikan pasport membabitkan tiga tangkapan warga asing itu, Rusdi berkata, kesemuanya mempunyai pasport sah.

Malah menurutnya, ada antara mereka terlibat dalam perniagaan di negara ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!