Ravindar Singh Singh dilantik Ketua Polis Daerah Cheras baharu

Iklan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa tugas jawatan Ketua Polis Daerah Cheras daripada Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin (kiri) kepada Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, pada Jumaat. Foto Sinar Harian-Rosli Talib

KUALA LUMPUR - Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh menjawat Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu berkuatkuasa pada Jumaat.

Ravindar menggantikan Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin yang dinaikkan pangkat sebagai Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.

Iklan
Iklan

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, dekat sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pelantikan Ketua Polis Daerah baharu itu, ia diharap dapat meneruskan kesinambungan perkhidmatan cemerlang pimpinan terdahulu.

Iklan

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman luas dimiliki Ravindar, penugasan dan perkhidmatan terbaik mampu digalas sebaiknya oleh pemimpin baharu itu.

"Sudah pasti Asisten Komisioner Ravindar Sing Sarban Singh akan dapat melaksanakan tugas dengan lancar, meskipun bakal berdepan dengan pelbagai cabaran.

Iklan

"Untuk itu, saya menyeru seluruh warga kerja IPD Cheras supaya memberikan komitmen dan sokongan yang kukuh kepada Ketua Polis Daerah baharu," katanya di IPD Cheras, dekat sini pada Jumaat.

Terdahulu, Rusdi menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras baharu antara Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dan Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban Singh.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!