MOSCOW - Jumlah korban akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh salji dan hujan lebat di Pakistan mencecah 93 orang dengan 53 lagi cedera, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan media pada Rabu.
Menurut akhbar Dawn, kawasan paling teruk terjejas ialah di selatan Azad Kashmir, mencatatkan 66 kematian dan di wilayah barat daya Balochistan dengan 20 kematian.