Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah

Iklan
Hannah Yeoh semasa sidang media mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan di Kementerian Belia dan Sukan pada Jumaat. Foto Bernama

KERAJAAN negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, peruntukan itu merupakan pelaburan kerajaan negeri bagi memastikan setiap atlet dapat menjalani sesi latihan di fasiliti yang dibangunkan kerajaan Persekutuan dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diselenggara.

Iklan
Iklan

"Pembangunan sukan melibatkan komitmen kerajaan negeri. Kalau kita lihat untuk penglibatan dalam SUKMA (Sukan Malaysia), kalau kerajaan negeri tidak melabur dan tidak hantar atlet, maka acara boleh digugurkan daripada SUKMA sebab tidak cukup penyertaan dari negeri.

"Untuk sukan itu berjaya, ia bukan bermaksud penglibatan MSN (Majlis Sukan Negara) sahaja, tetapi melibatkan penglibatan di peringkat kerajaan negeri,” katanya pada sidang media pengumuman syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan di sini pada Jumaat.

Iklan

Hannah berkata demikian bagi mengulas pengumuman pengguguran acara futsal wanita dan terjun 10 meter platform wanita dari SUKMA ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak, Ogos ini.

Pada 6 April lepas, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dilaporkan berkata, kedua-dua acara itu terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.

Iklan

Menurut Hannah, sokongan dan pelaburan daripada kerajaan negeri dalam sektor sukan amat diperlukan bagi membantu KBS menjayakan setiap perancangan bagi memperkasakan sektor sukan serta atlet negara. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28