Titah Adendum: UMNO Kedah minta akar umbi bertenang

Iklan
Shaiful Hazizy (kiri), dan Laporan Sinar Harian.

ALOR SETAR - UMNO Kedah meminta seluruh seluruh akar umbi agar bertenang dan tidak membuat sebarang pertuduhan melulu kepada mana-mana pihak berhubung wujud Titah Adendum membenarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perkara tersebut berikutan pengesahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kewujudan Titah Adendum berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pelbagai reaksi mengenai pendedahan ini (telah timbul). Pun begitu, satu perkara yang saya minta seluruh akar umbi untuk perlu tahu bahawa Presiden UMNO sudah membuktikan keikhlasan beliau untuk mendapatkan keadilan buat Najib.

"Kita perlu bertenang dan tidak perlu membuat sebarang pertuduhan melulu kepada mana-mana pihak. Kita tidak perlu pertanggungjawabkan atau 'mengkambing hitamkan' mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Media pada Rabu melaporkan, Ahmad Zahid mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Adendum itu membenarkan Najib dapat menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Iklan

Ahmad Zahid menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu setelah melihat dan membaca Titah Adendum itu dan jelas dengan isi kandungannya.

Menurut Shaiful Hazizy, walau bagaimanapun, semua ahli UMNO perlu percaya bahawa titah dan perintah Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati dan dipatuhi.

"Kita perlu bergerak atas lunas dan batas undang undang. Kerana itulah semangat kita bernegara.

"Saya sekali tekankan bahawa kita tidak perlu untuk menimbulkan kekacauan. Semoga penyelesaian kepada isu ini dapat disegerakan dan diselesaikan dengan cara yang baik,” ujar beliau lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!