PRK Kuala Kubu Baharu: PH sudah mula gerak kerja lebih awal

Iklan
Sze Han

HULU SELANGOR - Pakatan Harapan (PH) Selangor memulakan langkah awal bagi mengekalkan kemenangan di Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 11 Mei ini.

Pengarah PRK PH bagi Kuala Kubu Baharu, Ng Sze Han berkata, gerak kerja PH di Kuala Kubu Baharu berjalan dengan baik menerusi program bersama penduduk bermula minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Kita telah santuni penduduk di beberapa lokaliti untuk mendapatkan maklum balas perkara berbangkit yang perlu diberikan perhatian.

"Antaranya keperluan infrastruktur dan penjanaan ekonomi setempat serta peluang kerja," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor menambah, fokus utama PH di Kuala Kubu Baharu adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan mendiang Lee Kee Hiong yang telah lama berkhidmat di DUN berkenaan.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Kee Hiong yang mewakili PH pada 21 Mac lalu.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini manakala pada 27 April ini sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!