BEKAS penjaga gol Arsenal 2012 hingga 2020, Emiliano Martinez muncul wira Aston Villa ketika menjinakkan kelab Ligue 1 Perancis, Lille bagi memastikan pasukan Liga Perdana Inggeris itu mara ke separuh akhir Liga Konferensi pada Jumaat.
Benteng terakhir Aston Villa kelahiran Argentina itu menyelamatkan dua sepakan penalti bagi memastikan satu wakil tunggal dari England mara separuh akhir kejuaraan Eropah tahap empat tersebut.
Anak buah Unai Emery juga bekas pengendali Arsenal yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas kelab lamannya di Stadium Emirates pada 14 April lalu, hadir ke Stade Pierre-Mauroy dengan kemenangan 2-1 di Villa Park pada 12 April ketinggalan babak pertama hasil gol Yusuf Yazıcı.
Babak kedua Benjamin Andre melebarkan kedudukan untuk tuan rumah minit ke-67 sebelum gol Matty Cash minit ke-87 mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti.
Ketika Leon Bailey terlepas sepakan penalti untuk Villa, Martinez membuktikan kepahlawanan apabila menghalang sentuhan Andre selepas menafikan penyudah Nabil Bentaleb sebelum itu untuk memastikan kemenangan 4-3 angkatan Emery.
"Dia sangat penting kepada kami. Dia mempunyai personaliti terutamanya di bilik persalinan, kepimpinan dengan pengalamannya sangat penting ketika pasukan memasuki fasa sukar.
"Dia mempunyai mentaliti yang sangat cemerlang. Dan padang dia mempunyai personaliti hebat apabila menyelamatkan dua sepakan penalti jadi sudah tentu saya sangat bangga dengannya begitu juga dengan semua pemain," kata Emery.
Ini merupakan kali pertama Villa mara ke separuh akhir kejuaraan Eropah sejak 1982 dan satu-satunya wakil tunggal Inggeris di Eropah selepas Liverpool, West Ham United, Arsenal dan Manchester City ditunjukkan jalan keluar lawan masing-masing di suku akhir.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!