CAP gesa ambil tindakan tegas terhadap bekas MP Kuala Krau

Iklan
Subbarow (kiri), dan Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

GEORGE TOWN - Tindakan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said melupuskan beras dan bahan makanan lain di sebuah tapak di Temerloh, Pahang adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dan sukar dipercayai.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow berkata, perbuatan bekas ahli Parlimen tersebut jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai akal yang waras.

Iklan
Iklan

Menurutnya, alasan yang diberikan bekas Ahli Parlimen Kuala Krau itu juga tidak masuk akal.

"Beliau tidak sepatutnya terlepas pandang dengan pengawasan barang makanan. Saya pasti beliau mempunyai lebih daripada cukup pegawai untuk membantunya (untuk mengagihkan barang makanan kepada mereka yang memerlukan).

Iklan

"Lebih-lebih lagi ketika ini rakyat sedang memerlukan beras tempatan berbanding beras import," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Subbarow menambah, barangan makanan itu sepatutnya diedarkan kepada orang ramai yang memerlukan.

Iklan

"Jika beliau (Ismail) tidak dapat berbuat demikian, ia menunjukkan beliau tidak serius dengan isu bahan makanan yang dihadapi negara.

"Jangan timbulkan pelbagai alasan seperti serangan tikus dan sebagainya. Adalah amat tidak masuk akal untuk seseorang itu tidak tahu bilangan paket makanan yang masih ada dalam simpanan. Sejujurnya, tiada siapa akan buang beras begitu sahaja," katanya lagi.

Lewat petang Khamis, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum dekat sini.

Gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Susulan itu, ramai netizen beri komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi kerana dianggap satu pembaziran dan merugikan.

Ismail kemudiannya tampil mengakui isu tular beras dan barangan makanan lain yang dibuang adalah miliknya.

Ismail yang mengambil tanggungjawab terhadap isu tersebut membuat permohonan maaf dan menyatakan rasa kesal atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan.

Menurutnya, beras dan barangan dapur tersebut merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika saya menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!