Polis rampas dadah RM144.9 juta

Iklan
Abdul Hamid.- Foto: Zahid Izzani

KUALA LUMPUR - Kegiatan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang menjadikan kediaman mewah sebagai tempat pengoperasiannya terbongkar dengan rampasan mencecah RM144.9 juta dalam serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, serbuan bermula jam 8 malam itu bertindak menyerbu sebuah rumah teres dan dua kondominium terletak di sekitar Kepong, Selayang dan Sentul.

Iklan
Iklan

Menurutnya, serbuan ini berjaya menahan sembilan individu tempatan termasuk seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 23 hingga 50 tahun.

"Hasil serbuan, polis bertindak merampas dadah disyaki syabu seberat 309.8 kilogram (kg), heroin base (12.7kg), pil ekstasi (637.7 kg), pil erimin 5 (564.8 kg), ketamin (3.4 kg) dan kokain (6.5 kg) bernilai RM144.9 juta.

Iklan

"Selain itu, ujian saringan air kencing juga mengesahkan lima lelaki tempatan dan seorang wanita Indonesia itu positif dadah. Malah, dua suspek lelaki itu juga dikesan memiliki rekod lampau bersabit aktiviti penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.

Polis merampas dadah berjumlah RM144.9 juta dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kelmarin.- Foto: Zahid Izzani

Menurut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Iklan

Abdul Hamid berkata, pihaknya turut merampas dua pucuk pistol dengan 150 butir peluru selain empat kereta, sejumlah wang tunai mata wang asing dan tempatan, jam tangan, pelbagai barangan kemas dengan nilai keseluruhan RM400,330.

Katanya, siasatan juga percaya sindiket terbabit telah aktif sejak setahun lalu dan turut menyeludup dadah ke negara luar.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 20 Januari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960.

Tambahnya, hasil rampasan dadah itu juga boleh dibekalkan kepada 6.5 juta pengguna.

Selain itu, pihak JSJN akan mengadakan pertemuan dengan 116 syarikat kurier seluruh negara dalam mengatasi kegiatan pengedaran dadah yang memanipulasikan syarikat terbabit untuk mengedar dadah.

Polis merampas dadah berjumlah RM144.9 juta dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kelmarin.- Foto: Zahid Izzani