Warga emas ditemukan mati dalam bilik

Iklan
Anggota bomba memotong kunci pintu rumah didiami seorang warga emas di Taman Sentosa, Tangkak di sini hari ini.

TANGKAK - Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah di Taman Sentosa di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Ng Geok Hwee, 62, ditemui keadaan terbaring di bilik utama dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nizam Yom berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada jam 10.39 pagi sebelum enam anggota bomba dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian

"Setibanya lokasi kejadian didapati seorang mangsa terkunci di dalam rumah.

Iklan

"Tindakan dilakukan dengan memotong kunci pintu rumah menggunakan 'bolt cutter' bagi membuka pintu.

"Mangsa didapati dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.