KUCHING - Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
"Kebiasaannya kita akan tunggu sehingga mangsa dapat dijumpai. Sama ada mangsa dibaham (binatang buas) atau tidak, JKM akan tetap beri bantuan kepada keluarga mangsa,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.