Penduduk Gaza masih mengharapkan pertolongan sukarelawan antarabangsa

Iklan
Dr. Mafeitzeral (tengah), dan Dr. Kamarul Al-Haqq dalam program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus dengan tajuk 'Doktor Malaysia saksi kekejaman zionis' di Studio Sinar Harian pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Penduduk Gaza yang berterusan menjadi mangsa kekejaman Zionis ketika ini masih mengharapkan pertolongan sukarelawan antarabangsa terutama berkaitan perubatan.

Namun Pakar Perunding Ortopedik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Kamarul Al-Haqq Abdul Ghani mendedahkan, masih tidak ramai pegawai perubatan yang mahu menyertai aktiviti sukarelawan terutama dari Malaysia untuk berkhidmat di kawasan bergolak itu.

Iklan
Iklan

"Contoh terbaik adalah Indonesia yang meletakkan kesungguhan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke negara itu.

"Mereka berjaya menghantar sehingga 12 pasukan perubatan, membuka semula Hospital Medan walaupun telah dirosakkan dan menambah kapasiti bekalan bantuan kemanusiaan.

Iklan
Dr. Kamarul Al-Haqq

"Daripada negara Islam yang sangat jauh dan tidak seberapa kaya. Itu menunjukkan sikap tanggungjawab dan takut kepada pencipta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Di Sebalik Isu bersama Finaz Yunus dengan tajuk 'Doktor Malaysia saksi kekejaman zionis' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Turut diundang sebagai panelis ialah Pakar Perunding Anestesiologi, Sukarelawan EMT Mercy Malaysia, Dr Mafeitzeral Mamat manakala Finaz bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Dr Kamarul turut berkongsi pengalamannya memberi perkhidmatan perubatan selama sebulan di Gaza pada Februari lalu.

Beliau berkata, kehadiran sukarelawan antarabangsa ke kawasan itu sedikit sebanyak memberi harapan kepada rakyat Gaza untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.

"Kewujudan kami di sana (Gaza) juga membantu tenangkan emosi mereka. Kehadiran sukarelawan antarabangsa secara tidak langsung juga menyelamatkan penduduk kerana lokasi kami di tempat yang selamat.

"Apabila ada peluang untuk mengelakkan situasi buruk berlaku dan kita tidak menjalankan tanggungjawab pertahan dan menjaga rakyat Gaza, bermaksud kita juga 'bersubahat' dengan rejim itu.

"Menjadi tanggungjawab saya untuk memenuhi kekosongan tersebut walaupun terdedah dengan sebarang kemungkinan," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28